Khamis, 25 April 2013
Keperluan Asas Haiwan
- Haiwan memerlukan kesemua keperluan diatas dengan tujuan yang sama seperti manusia.
- Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
- Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
- Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.
Video Keperluan Asas Haiwan
Keperluan Asas Manusia
- Manusia adalah benda hidup.
- Manusia memerlukan keperluan asas seperti makanan, air, udara dan tempat tinggal seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
- Manusia memerlukan makanan setiap hari untuk :
- tumbesaran.
- mendapatkan tenaga.
- mengekalkan kesihatan badan.
- membaiki tisu badan yang rosak.
- Kira-kira 70% badan kita adalah air dan kita minum air adalah untuk:
- mengawal suhu badan.
- untuk menggantikan kehilangan air dalam badan kita akibat berpeluh.
- untuk membawa makanan yang dihadam ke bahagian lain badan kita.
- Manusia memerlukan udara untuk menarik dan menghembus nafas.
- Manusia memerlukan tempat tinggal untuk melindungi mereka daripada
- bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas).
- perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),
Video Keperluan Asas Manusia
Langgan:
Catatan (Atom)