Khamis, 25 April 2013

Keperluan Asas Tumbuhan


Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan


  1. Tumbuhan hijau memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk hidup seperti yang ditunjukkan dengan gambar di atas.

  2. Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan hijau.

  3. Tumbuhan memerlukan air untuk menghasilkan makanan dan mengawal suhunya.
  4. Tumbuhan hidup subur dengan adanya air dan ia akan layu tanpa air.

  5. Tumbuhan gunakan akar untuk menyerap air dari tanah.
  6. ,
  7. Air digunakan untuk mengelakkan tumbuhan daripada layu dan pada cuaca yang  panas, tumbuhan akan kehilangan air dengan cepat. Telitikan keadaan di atas :

  8. Tumbuh-tumbuhan memerlukan air dan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.

Video Keperluan Asas Tumbuhan


Keperluan Asas Haiwan


  1. Haiwan memerlukan kesemua keperluan diatas dengan tujuan yang sama seperti manusia.

  2. Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.

  3. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.

  4. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.

Video Keperluan Asas Haiwan





Keperluan Asas Manusia


  1. Manusia adalah benda hidup. 

  2. Manusia memerlukan keperluan asas seperti makanan, air, udara dan   tempat tinggal seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

  3. Manusia memerlukan makanan setiap hari untuk :
    • tumbesaran.
    • mendapatkan tenaga.
    • mengekalkan kesihatan badan.
    • membaiki tisu badan yang rosak.

  4. Kira-kira 70% badan kita adalah air dan kita minum air adalah untuk:
    • mengawal suhu badan.
    • untuk menggantikan kehilangan air dalam badan kita akibat berpeluh.
    • untuk membawa makanan yang dihadam ke bahagian lain badan kita.

  5. Manusia memerlukan udara untuk menarik dan menghembus nafas.

  6. Manusia memerlukan tempat tinggal untuk melindungi mereka daripada 
    • bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas).
    • perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),


Video Keperluan Asas Manusia